Nenek Anami |
Warga emas dianggarkan berusia 140 tahun digelar Nenek Anami
dimasukkan namanya untuk pertandingan orang tertua dunia anjuran jutawan
Russia, Moldove Dmitry Kaminskiy, yang menawarkan hadiah AS$1 juta (RM3.6
juta) bagi pemenangnya.
Nenek Anami mengakui sudah bersiap sedia namun, tidak membuat
sebarang perubahan atau persiapan khas bagi acara itu termasuk tidak
berpantang makan.
“Dari dulu pun saya tidak pernah berpantang makan. Apa saja yang ada saya makan,” katanya.
Anaknya Mimin berkata, semua kos bagi membiayai Nenek Anami ke
pertandingan itu ditanggung kerajaan tempatan Purwakarta selepas mereka
sekeluarga menemui Pemangku Raja Purwakarta, Dedi Mulyadi, menyatakan
hasrat warga emas itu.
Nenek Anami penduduk asal Purwakarta yang pernah merasakan zaman
penjajahan Belanda dan Jepun.
Sepanjang hidupnya dia pernah berkahwin
empat kali dan dikurniakan sembilan anak, 25 cucu, 47 cicit malah, kini
keluarganya menjangkau keturunan sepanjang lima generasi. - Agensi