ALOR SETAR - Rata-rata warga netizen di Kedahnews.com mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu-pemandu kelab MyVi yang berlumba di sebuah lebuhraya sehingga menyebabkan pasangan suami isteri dan bayi berusia 6 bulan terkorban baru-baru ini.
Mengecam pemandu-pemandu MyVi berkenaan, mereka turut menyelar kelab kereta berkenaan, Familia MyVi Club, yang dikatakan cuba menegakkan benang yang basah dan enggan mengaku salah dalam insiden yang cukup menyayat hati itu.
"PDRM heret pemandu myvi ke mahkahmah ..jgn biar kan terlepas ini melibatkan nyawa manusia yg x berdosa sekeluarga," tulis Arjunaidi Idrus.
"Heret Pemandu Myvi Tu Ke Mahkamah! Jatuhkan Hukuman Yg Brat!" tulis Amirul Aiman.
"Bila PDRM ambil tindakan ada yg mahu jadi hero rakyat konon.Semuga kejadian ini menyedarkan kita betapa manusia ni perlu diajar dgn undang2.Hukuman lebih berat patut dikenakan," tulis Amy Bluesnake pula.
Selain itu, beberapa pembaca Kedahnews.com turut meluahkan simpati mereka atas mangsa-mangsa insiden berkenaan, khususnya terhadap bayi berusia 6 bulan yang terkorban serta dua anak kecil pasangan suami isteri itu yang kini menjadi yatim piatu.
"Al fatihah,buat arwah 3 branak ni semoga rohnya dtmptkn dgn org2 beriman amin salam takziah kpd 2bradik d keluarga arwah.Al fatihah," tulis Norlizan Benu.
"Bayi, wajah ahli syurga," kata pemilik Facebook, Malek Majid, di ruangan fanpage di Facebook kami.
Berikut adalah respon pembaca Kedahnews.com yang kami terima berhubung insiden yang mencetus kemarahan dan simpati masyarakat di negara ini. -Kedahnews.com