KUALA LUMPUR – Sejumlah 9,836 pesalah trafik telah menyerah diri dalam Ops Warta yang dijalankan sejak 19 Mei lepas.
Menurut laporan Cawangan Trafik Bukit Aman, Selangor menyumbang
jumlah tertinggi dengan 2,308 orang, diikuti Johor sebanyak 2,267 orang
dan Melaka 808 orang, sehingga kini.
Setakat hari ini, sejumlah 2,012 pesalah trafik dari seluruh negara
ditahan setelah gagal menyelesaikan waran tangkapan mereka dan daripada
jumlah itu, 578 orang akan didakwa dan 1,434 dibenarkan ikat jamin.
‘Ops Warta’ dilaksanakan untuk mengesan pesalah trafik yang belum menyelesaikan waran tangkap ke atas mereka.- BERNAMA