KUALA NERANG - Penduduk Kampung Kubu, Mukim Kurung Hitam merayu pihak
bertanggungjawab membaiki tebing sungai yang semakin runtuh di kampung
itu secepat mungkin.
Difahamkan, tebing di kampung itu semakin runtuh selepas empangan Pedu melepaskan air untuk aktiviti sawah yang akan bermula tidak lama lagi.
Penduduk, Hitam Hassan, 44, berkata, pada Disember lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menambak batu di tebing itu bagi mengelak berlakunya hakisan.
Bagaimanapun baru-baru ini katanya, selepas aliran air dilepaskan dari empangan ke Sungai Padang Terap, tebing itu mulai runtuh hingga menyebabkan dua pokok kelapa turut terhumban masuk ke dalam sungai itu.
“Tanah runtuh itu semakin serius kerana sepanjang tiga meter tanah itu terhakis ke dalam sungai. Keadaan bertambah membahayakan apabila tiang elektrik terletak beberapa meter dari sungai itu turut berdepan risiko untuk tumbang.
“Sebelum ini tiang elektrik itu diubah selepas semakin hampir dengan tebing sungai itu hingga menyebabkan seorang penduduk terlanggar wayar pada waktu malam kerana semakin kendur. Nasib baiklah penduduk itu hanya cedera ringan sahaja,” katanya.
Hitam berkata, kini semakin banyak pokok di tebing sungai itu yang ditanam sebagai benteng turut terjatuh ke dalam sungai.
"Penduduk bimbang jika tiada usaha mengatasi masalah itu sudah pasti hakisan akan terus berlaku," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kubu, Mohd Saad Bakar ketika ditemui berkata, sebelum ini JPS sudah mengambil tindakan menambak batu bagi mengatasi masalah itu tetapi tidak berjaya.
“Jalan itu merupakan laluan utama kepada penduduk di sini dan semakin dekat dengan sungai itu.
"Paling membimbangkan apabila terdapat juga surau yang masih digunakan penduduk di sini yang terancam jika tanah di kawasan itu semakin terhakis,” katanya.
Sementara itu, Adun Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim kertika dihubungi berkata, dia sudah pun turun melawat ke kawasan itu bersama penduduk.
"Oleh kerana hakisan tebing semakin serius, saya telah memaklumkan masalah itu kepada JPS dan pihak berkenaan berjanji akan turun padang secepat mungkin supaya dapat mengatasi masalah berkenaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian