ANGKA kematian mangsa gempa bumi di Nepal kini telah mencecah lebih lima ribu nyawa.
Usaha mencari mangsa runtuhan masih lagi dijalankan namun berlaku
keajaiban apabila seorang bayi ditemui masih bernyawa selepas 22 jam
tertimbus.
Sonit Awal yang baru berusia 4 bulan, dijumpai oleh pasukan
penyelamat di bawah runtuhan dalam keadaan berdebu dan diliputi tanah.
Bapanya, Shyam Awal pada mula hampir putus asa untuk menemui anaknya namun
tenyata tuhan masih melindungi bayi kecil tersebut daripada bencana yang telah meragut lebih 5,000 mangsa itu.
Menurut sumber, Sonit kini berada di hospital untuk menerima rawatan, namun keadaannya stabil. -Kedahnews.com