PAS Kedah Bina Pejabat Baru Bernilai RM5.5 Juta

Abdul Hadi memotong reben dan melepaskan belon sebagai gimik perasmian pecah tanah.
ALOR SETAR – Pas Kedah akan membina satu bangunan baharu yang menempatkan pejabat pentadbiran parti itu.

Bangunan yang dibina di dalam kawasan Kompleks Pas Kedah itu melibatkan kos sebanyak RM5.5 juta.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, bangunan enam tingkat itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017.

“Tujuan pembinaan bangunan baharu ini adalah untuk memudahkan segala urusan masyarakat bersama Pas.

“Sekarang ini pejabat pentadbiran parti digunakan dalam Dewan Dato’ Haji Fadzil Noor, Kompleks Pas Kedah,” katanya.

Menurutnya, di tingkat bawah bangunan itu akan dibangunkan sebagai dewan seminar dan pelbagai guna, sesuai untuk kenduri kahwin, mesyuarat dan sebagainya.

“Kita harap pembinaan ini dapat siap sebelum PRU14 kerana kita menjangkakan pilihan raya mungkin diadakan sebelum 2018 disebabkan pelbagai krisis yang berlaku,” katanya.

Majlis perasmian pecah tanah itu disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber: Sinar Harian