Kasah dan Komariah selesa menumpang di rumah terbengkalai yang serba kekurangan. |
A Kasah berkata, mereka mula menyusun batu-bata dan memasang bumbung di rumah terbengkalai berkenaan menggunakan dana Bantuan Bencana Pejabat Zakat Kuala Muda RM3,000.
"Kami guna wang itu untuk beli bahan binaan dan kerja pemasangan dilakukan anak-anak yang saling membantu.
“Bukan saya tak mahu tinggal bersama anak-anak, malah, sudah puas mereka pujuk tapi kami lebih tenang di sini. Biarpun terpaksa menumpang di tanah milik orang dan tidak mewah, hati kami bahagia," katanya.
Menurutnya, dia pernah mencari maklumat berhubung pemilik tanah yang ditumpang sejak empat tahun lalu, namun hasil carian menemukan bahawa ia dimiliki sebuah agensi kerajaan.
“Saya kini dalam proses mendapat maklumat terperinci mengenai status tanah ini yang pada mulanya dikatakan diduduki sebuah keluarga yang sedang proses membina rumah, namun ahli keluarga itu secara tiba-tiba meninggal dunia dan tiada waris menyebabkan ia terbengkalai.
"Hasil carian seterusnya mendapati, ia milik sebuah agensi dan kami akan berusaha berunding bagi membolehkan permohonan mendapatkan hal milik dipersetujui," katanya.
Dalam pada itu, A Kasah berkata, kerangka lama rumah berkenaan telah dirobohkan dan sebuah ruang baharu dibina untuk keselesaan mereka.
“Sebelum ini, binaan kayu sedia ada rosak disebabkan ribut yang menerbangkan bumbung bahagian rumah atas. Jadi kami robohkan dan gantikan dengan dinding baharu.
"Kerja binaan ditangguhkan, ada masa kami buat sikit-sikit bergantung kepada wang yang ada," katanya.
Sementara itu, Komariah yang menghadapi masalah penglihatan berterima kasih dengan bantuan pelbagai pihak, termasuk sebuah syarikat tudung berjenama yang telah beberapa kali menziarahinya.
"Malah, seorang doktor pernah datang melawat dan memeriksa keadaan mata saya. Dia beritahu saya perlu buat pembedahan, cuma saya tak tahu lagi bila dan bagaimana," katanya.
Bagi meneruskan kehidupan, pasangan berkenaan sering menghabiskan masa bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman seperti serai, tebu, limau dan pisang untuk menyara kehidupan selain memanfaatkan wang bantuan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan sejak kisah mereka disiarkan 27 Februari lalu. -Sinar Harian