ALOR SETAR - Niat sebilangan warga asing membeli-belah di tapak pasar
malam Kelang, Kulim, membawa padah apabila ditahan anggota Jabatan
Imigresen Kedah, kelmarin.
Bertindak atas maklumat, pihak imigresen melakukan Ops Jaja dan Belanja diketuai Penolong Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim di tapak pasar malam berkenaan.
Ketika pemeriksaan dijalankan, beberapa warga asing juga didapati tekun menjalankan perniagaan mereka di kawasan tapak pasar berkenaan.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, seramai 62 individu pelbagai warganegara diperiksa 24 pegawai imigresen dalam operasi bermula jam 8.40 malam itu.
“Susulan pemeriksaan dijalankan, pihak kita berjaya menahan kira-kira 24 orang daripada 62 warga asing berusia antara 25 hingga 45 tahun atas beberapa kesalahan.
“Antara ditahan adalah sembilan warga Myanmar diikuti enam Bangladesh, Pakistan (3), Thailand (1) dan Indonesia (5) termasuklah seorang wanita,” katanya.
Yusri berkata, 21 warga asing iaitu dari Myanmar seramai sembilan orang, Bangladesh enam orang, Pakisan tiga orang dan Indonesia tiga orang ditahan di bawah kesalahan tiada dokumen perjalanan.
Manakala katanya, seorang wanita warga Indonesia pula ditahan mereka kerana tinggal melebihi masa selepas tamat tempoh pas di bawah Sek. 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Seorang lelaki warga Thailand ditangkap kerana melakukan kesalahan melanggar syarat pas, Per.39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan berkenaan dibawa ke lokap imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit, untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber: Sinar Harian