Thana (kanan) menunjukkan surat maklum balas daripada Pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, kelmarin. |
ALOR SETAR – Pertubuhan Bantuan Bertindak Kedah (PBBK) membantah
cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun dan gaji wakil rakyat selaras
dengan pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).
Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, perkara itu perlu bagi memastikan kebajikan rakyat dapat terus diutamakan.
“Saya dapat makluman bahawa gaji dan elaun wakil rakyat akan dinaikkan sehingga lebih 40 peratus, sedangkan rakyat pula dibebani dengan GST sebanyak 6 peratus, melibatkan semua peringkat umur.
“Kenaikan ini adalah tidak wajar dan kami menggesa supaya cadangan tersebut dibatalkan serta merta,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pembatalan kenaikan gaji dan elaun itu perlu melibatkan semua menteri, ahli parlimen, Adun dan menteri besar.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya GST juga dibatalkan serta merta kerana membebankan rakyat, termasuk kepada mereka yang berpendapatan rendah.
“Sebelum ini ada menteri yang mencabar pembangkang supaya kemukakan alternatif kepada GST. Memang ada alternatif, bukan perkara susah ia hanya perlu dibatalkan.
“Kalau negara tiada ketirisan, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, saya yakin pertumbuhan ekonomi negara rancak tanpa GST,” katanya.
Difahamkan, satu memorandum berhubung perkara itu juga telah dihantar kepada Pejabat Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu.

Sumber: Sinar Harian