Pedas: Surat Terbuka Dari Guru Untuk Yasmin Hani



Baru-baru ini kecoh diperkata tentang pelakon dan pengacara jelita, Yasmin Hani yang meluahkan pandangannya bahawa tindakan merotan murid di sekolah sudah tidak relevan lagi diguna pakai di zaman ini.

Ujar selebriti itu, dalam peredaran zaman ini, hukuman tersebut sepatutnya sudah digantikan dengan pendekatan yang dikatakan "lebih rasional" seperti komunikasi dan teknik psikologi untuk selesaikan masalah.

Walau bagaimanapun, tindakan Yasmin Hani yang dilihat cuba masuk campur urusan guru di sekolah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak, terutamanya golongan pendidik di Malaysia.

GAMBAR HIASAN
Gambar Hiasan
Ekoran itu, seorang guru yang menggelar dirinya "Guru XYZ" telah menghantar satu warkah terbuka buat bekas deejay radio Era itu bagi membalas balik kenyataan yang dibuat.

Surat tersebut telah dihantar melalui email kepada portal hiburan terkenal, Beautifulnara.  

Berikut adalah surat terbuka tersebut;
Dear Yasmin Hani,

Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini bukan bidang anda. Anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami namun bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.

Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan kerjaya kami, maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. Bukan saya menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.

Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid kerana jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. Mungkin anda dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena seperti itu.

Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda akan rasa. Sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata “you are not in my shoes, not even in my world”.

Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak anak anda sendiri. Sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil didikan ibu dan bapa mereka dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.

Tugas kami mendidik namun yang membantu kami menjadikan seorang murid itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. Semoga kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak dan setiap murid di dunia ini.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang sedikit terasa dengan kata kata Puan :)

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sincerely,

Guru XYZ :)

Dalam penelitian kami terhadap surat terbuka di atas, butir-butir ayat yang disusun individu terbabit dalam suratnya boleh dianggap 'berbisa", "sangat pedas", namun tepat.

Bukanlah bermaksud menafikan cadangan Yasmin Hani sebelum ini, namun untuk menggunakan pendekatan lebih sesuai buat murid zaman sekarang, cuma rasanya, molek  Yasmin terlebih dahulu pergi ke sekolah dan letakkan diri sebagai guru terlebih dahulu.

Kami sarankan supaya Yasmin Hani mengajar selama sebulan di mana-mana sekolah, selami dulu tugas serta pengalaman bertugas sebagai guru, dan membuat kajian dengan lebih terperinci sebelum cadangan tersebut dilontarkannya kepada media.

Itupun kalau Yasmin Hani sanggup dan mampu bertahan selama sebulanlah, kan? -Kedahnews.com