Mangsa menunjukkan pergelangan tangan kirinya yang patah disebabkan serangan berkenaan. |
KUALA NERANG - Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah, di sini,
terpaksa bercuti 21 hari apabila pergelangan tangan kiri patah setelah
dipercayai dibelasah rakan seasramanya, Jumaat lalu.
Mangsa, 14, berkata, sebelum kejadian dia dipanggil seorang pelajar naik ke tingkat atas asrama untuk berjumpa pelajar senior di asrama sekolah berkenaan.
Menurutnya, apabila dia sampai di bilik di tingkat atas, sudah ada beberapa pelajar lain sedang menunggu dan tanpa sempat bercakap mereka terus menyerang.
“Mereka tumbuk dan dan tendang saya bertalu-talu hingga saya menjerit meminta tolong. Mereka tidak menghiraukan jeritan saya, malah terus memukul saya dengan batang penyapu di badan dan kepala saya.
"Masa itu saya tak mampu melawan dan terpaksa tahan sakit. Selepas puas memukul barulah mereka arahkan saya keluar bilik," katanya.
Katanya, dia ada meminta bantuan rakannya untuk memanggil warden bertugas, bagaimanapun rakannya tidak berani kerana bimbang keselamatan mereka.
"Malam itu, saya tak dapat tidur sebab sakit di seluruh badan. Kawan ada tolong saya sapu minyak dan balut tangan kiri yang sakit," katanya.
Mangsa berkata, pergaduhan itu terjadi dipercayai disebabkan perselisihan faham dengan pelajar tingkatan empat berkenaan beberapa hari sebelum kejadian.
"Saya tak sangka ia berlarutan hingga menyebabkan kawan lain turut terlibat.
"Saya telefon ayah untuk datang ambil saya di asrama sebab seluruh badan sakit. Lagipun saya bimbang dengan keselamatan," katanya.
Dalam pada itu, bapa mangsa, 58, berkata, dia mendapat panggilan daripada anaknya itu supaya datang mengambilnya pulang kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.
"Saya terkejut dengan balutan tangan anak saya dan terus bawa dia keluar buat laporan di Balai Polis Kuala Nerang sebelum ke Hospital Kuala Nerang (HKN).
"Bagaimanapun, pihak HKN kemudian membawa anak saya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, lapan pelajar asrama sekolah terbabit ditahan selepas laporan mengenai insiden berkenaan diterima.
"Kita dapatkan perintah reman bagai menahan pelajar terbabit dari 10 Mei (semalam) hingga 11 Mei (hari ini).
"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian