Seorang pelajar berstatuskan OKP berjumpa dengan ibunya sebelum dibawa ke Sekolah Henry Gurney, Melaka. |
KUALA NERANG - Seorang pelajar yang hanya dikenali dengan nama Mohd
Daniel, 16, (bukan nama sebenar) terpaksa menyambung persekolahannya di
Sekolah Henry Gurney, Melaka kerana melanggar syarat pengawasan.
Pegawai Penyiasat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Megar Rodzep Megat Teh berkata, pelajar berkenaan merupakan orang kena pengawasan (OKP) terpaksa ditahan kerana gagal melaporkan diri kepada AADK.
Menurutnya, sebelum itu pelajar yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan itu ditangkap oleh AADK Padang Terap dan kemudiannya memohon untuk pulang ke kampungnya dan kesnya itu mendapat perhatian AADK Kelantan.
"Bagaimanapun semasa di sana dia gagal melaporkan diri di pejabat AADK dan balai polis berdekatan. Selepas siasatan dilakukan pihak kami mendapati dia bukan sahaja gagal melaporkan diri malah masih lagi terbabit dengan kes dadah serta melakukan aktiviti tidak sihat.
“Tindakannya itu menyebabkan AADK Kelantan menahannya di rumah dan menyerahkan pelajar itu kepada AADK Padang Terap bagi mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurut Megat Rodzep, pihaknya membawa pelajar itu ke mahkamah kerana kes gagal melaporkan diri sebagai OKP serta melanggar syarat yang ditetapkan.
"Pihak mahkamah Kuala Nerang mengarahkan pelajar itu dibawa ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.
"Walaupun pelajar itu di bawah OKP tetapi pengaruh kawan-kawan menyebabkan dia gagal mengawal diri daripada najis dadah serta aktif mencuri secara kecil-kecilan," katanya.
Pada 2014 lalu, AADK Padang Terap telah menghantar dua pelajar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka dan Sekolah Pemulihan Akhlak di Pulau Pinang.
"Ini menunjukkan AADK sentiasa bertindak tegas kepada sebarang OKP termasuk yang berstatuskan pelajar sekolah,” katanya.
Oleh itu, diharap semua ibu bapa atau waris memastikan jika ada dalam kalangan keluarga mereka berstatuskan OKP perlu melaporkan diri di balai polis atau AADK yang berdekatan sebelum tindakan tegas diambil AADK. -Sinar Harian