Pelajar Islam Dihalau Keluar Dari Kelas Kerana Pakai Skirt Labuh

Media di Perancis baru-baru ini melaporkan tentang seorang remaja perempuan beragama Islam yang dikatakan telah dihalau keluar dari kelas di sekolahnya sebanyak dua kali gara-gara mengenakan skirt labuh.

Dalam undang-undang sekularisme di negara itu, ia menghalang mana-mana individu dari memakai pakaian yang berciri-cirikan agama yang dsifatkan keterlaluan.

Menurut sumber, pelajar terbabit yang hanya dikenali sebagai Sarah, 15, telah pun membuka tudungnya ketika masuk ke kawasan sekolah kerana ia merupakan salah satu peraturan yang perlu diikuti.

Namun, pihak sekolah dikatakan tetap menganggap skirt yang dipakainya terlalu bersifat "provokasi", dan kononnya berpotensi untuk menimbulkan protes di kalangan orang ramai.

“Gadis tersebut disuruh balik dan menukar ke pakaian yang lebih ‘neutral’,”ujar sumber tersebut

Tindakan tersebut telah menyemarakkan kritikan dari masyarakat global dan medium Twitter telah dijadikan platform untuk menyatakan bantahan dengan penggunaan hashtag #JePorteMaJuppeCommeJeVeux yang bermaksud “Saya pakai skirt saya seperti yang saya nak” telah menjadi trending di laman sosial berkenaan. -Kedahnews.com