PELIK: Isteri Minta Cerai Sebab Suami Terlalu Baik


Kaherah – Seorang wanita meminta cerai daripada suaminya kerana lelaki itu ‘terlalu baik dan amat bertanggungjawab.’

Menurut laporan akhbar ‘Al Bayan’, wanita itu memberitahu Mahkamah Keluarga di Kaherah, suaminya sebelum ini suka berjenaka dan aktif.

Tetapi, selepas berkahwin, suaminya berhenti merokok dan tidak lagi berjaga hingga lewat malam seperti lelaki muda lain.

Menurutnya, dia bersetuju untuk berkahwin kerana mahu melepaskan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkongnya.

Namun, selepas berkahwin dia menjadi tahanan di rumah kerana suaminya enggan keluar dengannya.

“Perkahwinan saya bertahan dua tahun tetapi saya sangat sedih dan tertekan. Kerana itu saya mohon mahkamah membenarkan saya bercerai,” katanya.- AP