Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin |
ALOR SETAR - Ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan diminta memberi
penjelasan mengenai amalan tadbir urus baik dalam isu pembelian tanah
oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX)
dari 1MDB.
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, KSU adalah individu paling utama peringkat perbendaharaan yang boleh memperjelaskan prinsip sebenar tadbir urus dan tata kelola baik dalam urus niaga berkenaan.
Menurutnya, sebagai wakil kementerian kewangan yang ada dalam kedua-dua entiti iaitu TH dan 1MDB, beliau pasti sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak ada isu berbangkit.
“Kita harap segala spekulasi dan ketidaktentuan dalam isu jual beli tanah TRX ini dapat diperjelaskan kepada rakyat.
“Kita tidak mahu, imej parti terseret sama ke dalam situasi yang membuatkan rakyat hilang sabar dan rasa percaya kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan media.
Shaiful Hazizy berkata, Kementerian Kewangan juga diminta supaya memberi pencerahan berhubung beberapa persoalan yang masih tidak terjawab.
Apakah penjualan tanah TRX kepada 1MDB di peringkat awal sudah menepati kehendak Pekeliling Am Bilangan 2 (2012); Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA)?
Apakah 1MDB tidak tertakluk kepada TPATA sebagai syarikat milik penuh Kementerian Kewangan?
Apakah ada nilaian prestasi wakil kementerian kewangan yang ditempatkan dalam banyak syarikat milik kerajaan?
“Atau kehadiran mereka sekadar untuk memenuhi kuota, tanpa ada ‘nilai tambah’ dalam usaha memperteguhkan elemen tata kelola dan tadbir urus kewangan,” katanya.
Selain itu, apakah negara ini mempunyai sistem pengurusan tanah milik kerajaan yang lengkap lagi strategik bagi memastikan kepentingannya sentiasa dipertahan.
“Kita harap keseluruhan isu urus niaga TH-1MDB ini dapat diperjelaskan secara baik dan tuntas.
“Umno tidak mampu lagi menerima sebarang kejutan yang meranapkan imej parti," katanya.