Lima Pati yang bekerja sebagai buruh kontrak ditahan pihak Imigresen dalam operasi tersebut. |
JITRA - Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) melarikan
diri gagal apabila ditahan pihak berkuasa Jabatan Imigresen Kedah, dalam
satu Operasi Sapu di Taman Melor, Jalan Wang Tepus, di sini, petang
kelmarin.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, operasi dilakukan selepas menerima maklumat awam mengenai keberadaan warga asing di kawasan itu yang turut mengganggu ketenteraman awam.
Menurutnya, lima Pati yang bekerja sebagai buruh kontrak itu sering melakukan aktiviti mencuri air di rumah berhampiran tempat mereka bekerja untuk kerja-kerja binaan dan kegunaan lain.
“Bagi mendapatkan bekalan air, mereka bertindak masuk ke kawasan rumah orang lain dan menyambung getah paip.
“Perbuatan itu menimbulkan rasa tidak puas hati oleh penduduk di situ,” katanya.
Mohamad Yusri berkata, pemeriksaan lanjut ke atas semua Pati mendapati empat daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, manakala seorang lagi didapati pas perjalanannya sudah tamat tempoh.
Jelasnya, seorang lelaki tempatan turut ditahan dan disyaki majikan kepada Pati tersebut atas kesalahan melindungi pendatang asing.
"Kesemua Pati berusia antara 20 hingga 28 tahun, manakala majikan mereka berusia 53 tahun.
“Tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen6(1)(c), Seksyen 15 (1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi operasi berasingan, pihak Imigresen menyerbu sebuah restoran di Bandar Darul Aman Jaya, dekat sini.
Mohamad Yusri berkata, operasi yang dijalankan bermula jam 3.15 petang itu disertai 14 pegawai Imigresen diketuai Penolong Pengarah Imigresen, Nar Azaman Ibrahim dan mereka melakukan pemeriksaan ke atas 12 individu pelbagai warganegara.
Menurutnya, hasil pemeriksaan itu, seramai lima lelaki warga India dan empat lelaki warga Myanmar yang berusia antara 23 hingga 51 tahun yang bekerja di restoran tersebut ditahan.
“Pemeriksaan mendapati empat warga Myanmar tiada dokumen perjalanan manakala dua warga India didapati tinggal lebih masa.
"Tiga lagi warga India melanggar syarat pas,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun kerana disyaki melindungi Pati tersebut.

Sumber: Sinar Harian