Penduduk Kondo Di Bukit Damansara Guna "Air Mayat" Selama Seminggu?

ALOR SETAR - Penduduk di sebuah kondominium digemparkan dengan peristiwa ngeri lagi meloyakan apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tangki air bangunan itu yang terletak di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Memerik laporan media semalam, mayat yang dikenal pasti sebagai Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Klang itu ditemui jam 9.25 malam kelmarin oleh pekerja penyelenggara kondominium.

Peliknya, mangsa dikatakan bukan merupakan penghuni kondominium tersebut selain tidak mempunyai sebarang rekod sebagai kontraktor di premis kediaman itu.

Difahamkan bahawa mayat Chua yang masih lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang di dalam tangki air berkenaan.


Sementara itu, tubuhnya dilaporkan sudah mengembang dan daging tubuhnya pula sudah reput seolah agar-agar berlendir.

Penemuan mayat ini sekali gus menjawab tanda tanya tentang kehilangan mangsa sejak tujuh hari lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah dilapor turut mengesahkan kejadian tersebut.

Jelasnya, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal di pangsapuri itu.

Dalam pada itu, terdapat aduan daripada penduduk setempat yang mendedahkan air rumahnya mengeluarkan bau busuk dan rasa yang meloyakan.

Pada awalnya, ada penghuni yang menyangka ianya berpunca dari paip yang sudah karat namun ternyata sangkaan mereka meleset selepas mengetahui perkara sebenar. -Kedahnews.com