MERCU tanda kota raya Munich. |
Jerman memang diketahui sebagai negara paling banyak mengeluarkan pelbagai jenis kenderaan sama ada sedan, kompak, jentera berat hinggalah kenderaan mewah berprestasi tinggi.
Lihat saja di ceruk dunia mana pun, jenama seperti Audi, Porsche, BMW, Mercedes-Benz dan Volkswagen antara kenderaan yang ‘menjalar’ di jalan raya.
Kesempatan mengunjungi dua bandar raya utama di Jerman iaitu Munich dan Ingolstadt memang sungguh bermakna pada penulis lantaran terasa bagaikan berada di zaman silam.
Mana tidaknya, kebanyakan reka bentuk bangunan di Munich dan Ingolstadt sungguh unik kerana mengekalkan ciri bangunan lama.
Sebenarnya, kunjungan ke Jerman adalah hasil undangan Audi Malaysia dan ia juga pengalaman kali pertama penulis yang ‘terpaksa’ memandu sendiri ke destinasi yang ditetapkan tanpa ada bantuan pengiring atau penunjuk jalan.
Hanya bertemankan Sistem Kedudukan Global (GPS) selain kunci pintar kenderaan dan lima lagi rakan media, pengalaman memandu ini memang mencabar.
Ini kerana ia pengalaman pertama memandu kenderaan di jalan raya yang sibuk dengan kenderaan selain pemanduan sebelah kiri yang membuatkan penulis terasa kekok.
Perjalanan kami bermula apabila perlu memandu dari Lapangan Terbang Munich ke bandar Ingolstadt yang mengambil masa perjalanan kira-kira sejam.
Untuk ke bandar itu, penulis terpaksa melalui Lebuhraya Berkelajuan Tinggi atau lebih dikenali sebagai Autobahn A9 yang mempunyai enam lorong dua hala.
Autobahn A9 memang berbeza dengan lebuh raya di negara kita kerana tiada had kelajuan ditetapkan dan ia laluan ‘istimewa’ bagi ‘kaki kereta’ yang gemar memecut hingga ke tahap maksimum kenderaan.
Namun, lebuh raya ini sebenarnya sangat pintar kerana dilengkapi paparan had laju elektronik dan kamera pintar yang memantau pergerakan trafik.
Di sini, pemandu bebas memecut sesuka hati biarpun had laju yang disyorkan (bukan maksimum) adalah 120 kilometer sejam (km/j).
Kewujudan lebuh raya tanpa had laju di Jerman ada rasionalnya kerana sebagai antara pengeluar kenderaan berprestasi tinggi, pasti melucukan apabila pemandu tidak dibenarkan menguji keupayaan enjin kereta mereka secara maksimum.
Kesempatan ini juga digunakan penulis sebaik mungkin untuk menekal pedal minyak sehingga mencecah lantai kenderaan.
Satu yang penulis puji adalah, pemandu Jerman sangat berdisiplin, terutama pemandu kenderaan berat, kerana tidak memecut sesuka hati.
Penulis difahamkan, kenderaan berat mempunyai had laju maksimum dan tidak dibenarkan memasuki lorong tengah atau lorong laju di Autobahn.
Pemandu kereta yang berada di lorong paling kiri pula akan memberi laluan jika menyedari ada kenderaan di belakang mereka yang lebih laju. Tiada amaran lampu tinggi atau berada kekal di lorong laju sepanjang masa seperti di negara ini.
Namun, pemandu perlu berhati-hati jika melihat paparan had laju bernyala. Ia menandakan hanya had laju disyorkan dibenarkan, terutama apabila keadaan trafik sibuk atau ada halangan di depan.
Sejurus tiba di Ingolstadt, bandar dua dunia yang menggabungkan seni bina abad ke-18 dan moden, akan kelihatan bangunan lama seperti gereja dan kota pertahanan seakan-akan tembok istana lama.
Antara yang pasti menjadi perhatian adalah Muzium Tentera Bavaria yang menyimpan khazanah peperangan seperti meriam dan persenjataan tradisional lain.
Tidak jauh dari muzium berkenaan, seni bina gereja Asam Church of Maria de Victoria pasti memukau sesiapa saja yang melihatnya. Paling menarik kerana lukisan tiga dimensi pertama di dunia dilakar pada siling gereja berkenaan.
Bagi yang gemar membeli-belah, Ingolstadt Village yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan memandu kereta adalah lokasi wajib yang perlu dikunjungi.
Di sini, semua barangan dijual adalah berjenama antarabangsa. Satu yang membanggakan adalah, di sini juga terletaknya cawangan butik pereka kasut terkenal negara, Datuk Jimmy Choo.
Namun, penulis terpaksa lupakan hasrat mencari cenderamata di Ingolstadt Village kerana kebanyakan barangan ditawarkan sangat mahal.
Harga ditawarkan pula sememangnya tidak berbaloi, tambahan pula kadar tukaran mata wang ringgit (RM) dengan euro terlalu tinggi.
Selepas menghabiskan masa selama dua hari ini di Ingolstadt, tiba masa memandu pulang ke Munich melalui Autobahn.
Puas rasa hati apabila dapat mengejar seorang pemandu Porsche Panamera di Autobahn yang memberi laluan kepada penulis untuk terus menekan pedal minyak. Jelas tahap disiplin pemandu Jerman patut mendapat pujian biarpun mereka memiliki kereta mewah berprestasi tinggi.
Setibanya di Munich, perasaan seram sejuk mula terasa apabila jalan sesak dengan kenderaan, manakala laluannya sempit. Kota terbesar di Bavaria ini dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk.
Meskipun sesak dengan kenderaan, penduduknya lebih gemar berbasikal sama ada untuk ke tempat kerja atau sekolah.
Bukan sistem pengangkutan mereka tidak sempurna kerana bandar raya ini dilengkapi trem, kereta api laju, bas dan teksi, tetapi berbasikal mampu membuatkan mereka berpeluh kerana suhu di kawasan itu sekitar lima darjah Celsius.
Sama seperti Ingolstadt, Munich juga dipenuhi gereja dengan rekaan yang sangat mengagumkan tetapi penulis yakin nama bandar raya ini dikenali melalui kehebatan pasukan bola sepak mereka, Bayern Munich atau disebut Munchen dalam Bundesliga.
Penulis juga sempat menyaksikan perlawanan bola sepak antara Bayern Munich menentang Borussia Moenchengladbach di Stadium Allianz@Arena.
Hasrat penulis untuk mendapatkan cederamata di bandar raya ini juga hampir terbantut apabila harga ditawarkan jauh lebih tinggi nerbanding di Ingolstadt.
Bayangkan jika satu pelekat magnet dijual pada harga enam euro dan nilai terpaksa dibayar dalam matawang ringgit untuk membeli 10 pelekat magnet mencecah RM240.
Jika mahu berkunjung ke Munich, pastikan anda tidak merancang melakukan aktiviti beli-belah pada Ahad kerana semua kedai atau pusat beli-belah ditutup.
Sepanjang empat hari di negara pengeluar kenderaan terbesar dunia ini, penulis mendapati penduduknya mesra dengan pelancong asing, berdisiplin di jalan raya dan sangat peramah.
Cuma bahasa membataskan perbualan berikutan kebanyakan rakyat Jerman kurang fasih berbahasa Inggeris.
Lihat saja di ceruk dunia mana pun, jenama seperti Audi, Porsche, BMW, Mercedes-Benz dan Volkswagen antara kenderaan yang ‘menjalar’ di jalan raya.
Kesempatan mengunjungi dua bandar raya utama di Jerman iaitu Munich dan Ingolstadt memang sungguh bermakna pada penulis lantaran terasa bagaikan berada di zaman silam.
Mana tidaknya, kebanyakan reka bentuk bangunan di Munich dan Ingolstadt sungguh unik kerana mengekalkan ciri bangunan lama.
Sebenarnya, kunjungan ke Jerman adalah hasil undangan Audi Malaysia dan ia juga pengalaman kali pertama penulis yang ‘terpaksa’ memandu sendiri ke destinasi yang ditetapkan tanpa ada bantuan pengiring atau penunjuk jalan.
Hanya bertemankan Sistem Kedudukan Global (GPS) selain kunci pintar kenderaan dan lima lagi rakan media, pengalaman memandu ini memang mencabar.
Ini kerana ia pengalaman pertama memandu kenderaan di jalan raya yang sibuk dengan kenderaan selain pemanduan sebelah kiri yang membuatkan penulis terasa kekok.
Perjalanan kami bermula apabila perlu memandu dari Lapangan Terbang Munich ke bandar Ingolstadt yang mengambil masa perjalanan kira-kira sejam.
Untuk ke bandar itu, penulis terpaksa melalui Lebuhraya Berkelajuan Tinggi atau lebih dikenali sebagai Autobahn A9 yang mempunyai enam lorong dua hala.
PENULIS, Mohd Razlan Salleh bergambar di tengah bandar raya Munich. |
Namun, lebuh raya ini sebenarnya sangat pintar kerana dilengkapi paparan had laju elektronik dan kamera pintar yang memantau pergerakan trafik.
Di sini, pemandu bebas memecut sesuka hati biarpun had laju yang disyorkan (bukan maksimum) adalah 120 kilometer sejam (km/j).
Kewujudan lebuh raya tanpa had laju di Jerman ada rasionalnya kerana sebagai antara pengeluar kenderaan berprestasi tinggi, pasti melucukan apabila pemandu tidak dibenarkan menguji keupayaan enjin kereta mereka secara maksimum.
Kesempatan ini juga digunakan penulis sebaik mungkin untuk menekal pedal minyak sehingga mencecah lantai kenderaan.
Satu yang penulis puji adalah, pemandu Jerman sangat berdisiplin, terutama pemandu kenderaan berat, kerana tidak memecut sesuka hati.
Penulis difahamkan, kenderaan berat mempunyai had laju maksimum dan tidak dibenarkan memasuki lorong tengah atau lorong laju di Autobahn.
Pemandu kereta yang berada di lorong paling kiri pula akan memberi laluan jika menyedari ada kenderaan di belakang mereka yang lebih laju. Tiada amaran lampu tinggi atau berada kekal di lorong laju sepanjang masa seperti di negara ini.
Namun, pemandu perlu berhati-hati jika melihat paparan had laju bernyala. Ia menandakan hanya had laju disyorkan dibenarkan, terutama apabila keadaan trafik sibuk atau ada halangan di depan.
Sejurus tiba di Ingolstadt, bandar dua dunia yang menggabungkan seni bina abad ke-18 dan moden, akan kelihatan bangunan lama seperti gereja dan kota pertahanan seakan-akan tembok istana lama.
Antara yang pasti menjadi perhatian adalah Muzium Tentera Bavaria yang menyimpan khazanah peperangan seperti meriam dan persenjataan tradisional lain.
Tidak jauh dari muzium berkenaan, seni bina gereja Asam Church of Maria de Victoria pasti memukau sesiapa saja yang melihatnya. Paling menarik kerana lukisan tiga dimensi pertama di dunia dilakar pada siling gereja berkenaan.
Bagi yang gemar membeli-belah, Ingolstadt Village yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan memandu kereta adalah lokasi wajib yang perlu dikunjungi.
Di sini, semua barangan dijual adalah berjenama antarabangsa. Satu yang membanggakan adalah, di sini juga terletaknya cawangan butik pereka kasut terkenal negara, Datuk Jimmy Choo.
Namun, penulis terpaksa lupakan hasrat mencari cenderamata di Ingolstadt Village kerana kebanyakan barangan ditawarkan sangat mahal.
Harga ditawarkan pula sememangnya tidak berbaloi, tambahan pula kadar tukaran mata wang ringgit (RM) dengan euro terlalu tinggi.
Selepas menghabiskan masa selama dua hari ini di Ingolstadt, tiba masa memandu pulang ke Munich melalui Autobahn.
Puas rasa hati apabila dapat mengejar seorang pemandu Porsche Panamera di Autobahn yang memberi laluan kepada penulis untuk terus menekan pedal minyak. Jelas tahap disiplin pemandu Jerman patut mendapat pujian biarpun mereka memiliki kereta mewah berprestasi tinggi.
Setibanya di Munich, perasaan seram sejuk mula terasa apabila jalan sesak dengan kenderaan, manakala laluannya sempit. Kota terbesar di Bavaria ini dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk.
Meskipun sesak dengan kenderaan, penduduknya lebih gemar berbasikal sama ada untuk ke tempat kerja atau sekolah.
Bukan sistem pengangkutan mereka tidak sempurna kerana bandar raya ini dilengkapi trem, kereta api laju, bas dan teksi, tetapi berbasikal mampu membuatkan mereka berpeluh kerana suhu di kawasan itu sekitar lima darjah Celsius.
Sama seperti Ingolstadt, Munich juga dipenuhi gereja dengan rekaan yang sangat mengagumkan tetapi penulis yakin nama bandar raya ini dikenali melalui kehebatan pasukan bola sepak mereka, Bayern Munich atau disebut Munchen dalam Bundesliga.
Penulis juga sempat menyaksikan perlawanan bola sepak antara Bayern Munich menentang Borussia Moenchengladbach di Stadium Allianz@Arena.
Hasrat penulis untuk mendapatkan cederamata di bandar raya ini juga hampir terbantut apabila harga ditawarkan jauh lebih tinggi nerbanding di Ingolstadt.
Bayangkan jika satu pelekat magnet dijual pada harga enam euro dan nilai terpaksa dibayar dalam matawang ringgit untuk membeli 10 pelekat magnet mencecah RM240.
Jika mahu berkunjung ke Munich, pastikan anda tidak merancang melakukan aktiviti beli-belah pada Ahad kerana semua kedai atau pusat beli-belah ditutup.
Sepanjang empat hari di negara pengeluar kenderaan terbesar dunia ini, penulis mendapati penduduknya mesra dengan pelancong asing, berdisiplin di jalan raya dan sangat peramah.
Cuma bahasa membataskan perbualan berikutan kebanyakan rakyat Jerman kurang fasih berbahasa Inggeris.
Sumber: myMetro