Pengarah Filem Thor Dedah Punca Tiada Watak Jahat "Loki"

Loki, yang dipegang oleh Tom Hiddleston
ALOR SETAR - Para peminat filem Thor pasti mengenali musuh utama hero membabitkan watak lelaki jahat, Loki, yang dipegang oleh Tom Hiddleston dalam filem itu.

Loki antara watak jahat utama filem berkenaan yang menjadi perhatian para peminat dan yang ditunggu-tunggu oleh sesetengah penonton sewaktu menyaksikan filem Thor dan juga The Avengers,

Bagaimanapun, dalam sekuel terbaharu The Avengers: Age of Ultron, mesti ramai yang tercari-cari ke mana hilangnya watak Loki.

loki-chains

Menurut pengarah filem tersebut, Joss Whedon menjelaskan bahawa watak Loki terpaksa dipotong agar filem itu tidak menjadi terlalu sarat.

“Kami ada menjalani penggambaran bagi watak itu, namun ianya terpaksa dipotong.

“Filem itu sudah banyak pengisian dan kami tidak mahu ianya terlalu sarat. Saya mahukan watak Loki berada di dalam filem itu tapi saya perlu terima pendapat orang lain juga,” katanya kepada MTV.

Jadi kepada yang belum tonton filem The Avengers yang terbaharu ni, janganlah harapkan watak Loki muncul.

Tunggu saja kemunculan watak itu dalam filem Thor nanti dan kami yakin ada watak jahat lain yang bakal mengganggu hero macho berkenaan. -Kedahnews.com