"Kak Wan ada buat manifesto semasa berkempen dalam PRK Kajang. Walaupun Kak Wan sudah menang pelbagai masalah tidak dapat diselesaikan. Banjir, sampah sarap, merata-rata, sistem parit yang teruk dan kesesakan jalanraya."
"Mana perginya wakil rakyat? Ramai penduduk tak dapat jumpa dia,"
"Suka-suka buat pilihanraya kecil, mahu bertanding kerusi dan jawatan sahaja,"
"Wan Azizah ADUN Kajang.. saya tidak pernah dapat jumpa dia, di Pejabat Tanah pun tiada. Rumah saya sudah siap dibina sejak 6 tahun dulu, namun permohonan geran ini tiada kelulusan hingga sekarang iaitu menjangkau 10 tahun!,"
"Setiap kali saya menunjukkan dokumen yang dapat membuktikan bahawa tanah ini adalah hak milik saya, Wan Azizah kata dia langsung tiak tahu tentang isu ini,"
"Saya telah undi dia, namun orangnya langsung tidak pernah nampak, banjir di Kajang kerap berlaku, tapi ADUN Kajang langsung tak nampak muka,"
"Jalanraya pun sangat sempit, parkir tepi jambatan itu nanti disaman!,"
"Kamu (Wan Azizah) ADUN Kajang wajib bertanggungjawab, masalah tempatan langsung diabaikan,"
"Masalah ini sudah belaku selama 10 tahun, dari dulu hingga sekarang. Air longkang tu lama telah tidak mengalir, untuk apa? Untuk Wan Azizah buat berenang, kah?"
"Sekarang apa niatnya sebagai calon PRK Permatang Pauh kali ini?
Di atas adalah kenyataan dari para pengundi Cina di Kajang yang sebelum ini memberi undi mereka kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika PRK DUN Kajang, tahun lalu.
Para pengundi berbangsa Cina di DUN Kajang mengamuk sakan mempertikai kelibat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang "ghaib" dari kawasan setelah menang Pilihanraya Kecil (PRK) di kawasan berkenaan.
Kata mereka, Wan Azizah langsung tidak mengambil berat masalah mereka di sana dan tidak dapat ditemui ketika masyarakat Cina di DUN itu ditimpa masalah, selain gagal ditemui walau cuba dicari di merata ceruk kawasan Kajang.
Berikut adalah wawancara yang dengan para pengundi kaum Tiong Hua di Kajang yang bercakap mengenai prestasi Presiden PKR itu di DUN mereka. -Kedahnews.com