Persalinan Peserta One Silat Dikritik Macam “Gay”, Power Rangers

ALOR SETAR - Kedahnews.com yakin bahawa ramai yang setuju bahawa silat merupakan adalah warisan pertahanan diri bangsa Melayu yang tiada ternilai harganya sejak sekian lama, zaman berzaman.

Setiap langkah dan pencaknya melambangkan identiti kemelayuan yang sangat tinggi, simbolik bagi sebuah bangsa yang mengamalkan seni yang begitu halus dan unik, namun pantang diusik atau dicabar maruahnya.

Power Rangers Gold
Selain langkah pencak yang unik dan berseni, perkara yang sinonim dengan seni silat Melayu adalah persalinan hitam lengkap, berbengkung serta bertanjak persis laksmana dan hulubalang DiRaja di zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Namun, apabila sekeping gambar yang dikatakan adalah merupakan salah satu persalinan yang dipakai peserta Kejohanan One Silat bertebaran di media sosial, ramai pihak yang terkedu seketika melihat gambar berkenaan.

Persalinan itu telah dikritik dan menerima kecaman hebat dari warga netizen di negara ini, khususnya dari mereka yang menghargai seni mempetahan diri itu.

Malah ada yang lebih celupar pula mendakwa bahawa kalau beginilah pakaian pesilatnya, maka ia seolah-olah pertandingan menunjuk “aset” siapa lebih besar berbanding mempamerkan kehebatan berpencak silat.

Tidak kurang juga, ada yang mengecam pakaian tersebut lebih cenderung ke arah gay dan K-Pop.

Bagi Kedahnews.com pula, kami cuma berharap agar para pesilat zaman sekarang tidak pula terfikir untuk menggantikan keris, simbat atau parang dengan senjata lain seperti pistol atau bazooka pula nanti, kan?

Biar apa pun, kami tetap dengan kata-kata Laksmana Tun Tuah, "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". -Kedahnews.com