JITRA - Seorang penghidap kanser otak ditemui mati tergantung di dalam
sebuah rumah di Kampung Kubang Chenok, Kodiang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa ditemui ahli keluarganya tergantung dengan tali nilon sepanjang kira-kira 4.5 meter yang diikat pada palang.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersama seorang anak perempuan berusia 18 tahun, manakala isterinya keluar untuk mengambil seorang anak mereka di sekolah.
“Anak perempuannya berada di luar rumah sebelum masuk dan melihat bapanya dalam keadaan tergantung,” katanya.
Abd Rahim berkata, siasatan pada badan si mati tidak mempunyai kecederaan dan dipercayai tiada unsur jenayah.
“Kita dimaklumkan isterinya, si mati menghidap penyakit kanser otak sejak 11 tahun lalu dan menjalani rawatan kimoterapi lima kali di Hospital Pulau Pinang.
"Dia juga sepatutnya menjalani rawatan kanser di Hospital Kangar, Perlis esok (hari ini),” katanya.
Katanya, mayat lelaki berketurunan Siam itu dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.
Manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian