GURUN - Bekas pengajar sekolah memandu yang mengalami sakit gout kronik
sejak 20 tahun lalu merayu bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
Mohd Nazir Ahmad, 49, yang menetap di Perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Kampung Berjaya, Batu 10, di sini, memerlukan bantuan itu untuk menampung pembiayaan ubatnya.
“Saya menghidap penyakit ini 20 tahun lalu dan menjadi semakin kronik pada 2000.
“Saya merayu bantuan ini sebab tidak boleh bekerja. Kalau boleh bekerja, saya pun tidak minta kerana lebih ramai yang memerlukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Anak sulung dari 10 beradik itu kini hanya terlantar di rumah kerana tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan.
“Macam mana saya nak buat kerja, seluruh anggota badan ditumbuhi ketulan yang amat sakit. Nak genggam tangan pun sakit, nak jalan pun susah.
“Saya terpaksa bergantung kepada ubat sahaja. Namun, kesakitan itu tetapi dirasai tidak lama kemudian,” katanya.
Beliau sudah beberapa kali memohon bantuan JKM namun tidak berjaya atas alasan kesihatan.
Sementara itu, sumber JKM Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan pernah menerima permohonannya.
“Dia pernah buat permohonan kepada JKM. Mungkin berlaku salah faham antara permohonan bantuan kewangan dan kad orang kelainan upaya (OKU).
“Pegawai JKM akan melawatnya minggu hadapan bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian