ANGGOTA geng Barrio 18 tiba di penjara San Francisco Gotera. |
Koleksi gambar ini menunjukkan bagaimana 1,177 anggota kumpulan Barrio 18 digari dan dikawal rapi ketika dipindahkan menggunakan bas ke penjara San Francisco Gotera untuk ditempatkan bersama ahli kumpulan lawan mereka, Mara Salvatrucha atau MS-13.
Penjara berkenaan mempunyai sistem keselamatan tahap maksimum yang benar-benar mengasingkan mereka dari dunia luar.
Tindakan itu dibimbangi mengapi-apikan dua kumpulan berkenaan namun dianggap perlu selepas pengawal penjara menyedari mereka masih mengarah aktiviti jenayah dari penjara malah siasatan polis mengaitkan anggota geng berkenaan dengan serangan ke atas beberapa institusi negara itu baru-baru ini, katanya.
Setakat tahun ini, anggota geng terbabit dikaitkan dengan pembunuhan 20 anggota polis, dua tentera, enam pengawal penjara dan seorang pegawai pendakwa.
Keganasan di El Salvador meningkat sejak setahun lalu, selepas gencatan senjata antara Barrio 18 dan MS-13 pada 2012 mula goyah.
Sumber: myMetro