Persetujuan Jawatankuasa Parlimen Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menangguhkan sesi pendengaran bersama Ketua Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim menunjukkan PAC bersikap profesional dan bertanggungjawab dalam mencari kebenaran.
Menurut Pengerusi PAC Parlimen Malaysia, Datuk Nur Jazlan Mohamed, kedua-dua mereka dilaporkan mempunyai urusan di luar negara pada pada esok hari.
Kedua-dua mereka juga memerlukan masa untuk meneliti persoalan-persoalan yang bakal ditimbulkan dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
Untuk rekod, PAC hanya mengumumkan pada 11 Mei lalu untuk memulakan siasatan segera ke atas 1MDB sedangkan sepatutnya dilakukan selepas siasatan Ketua Audit Negara selesai.
Kedua-dua mereka pula perlu hadir ke PAC pada 26 Mei 2015. Ini satu jangka masa yang sangat singkat.
Dalam tempoh dua minggu agak mustahil untuk kedua-dua mereka melapangkan diri dari jadual yang telah diatur dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
Bagi Arul Kanda sendiri beliau baru sahaja menjawat jawatan CEO 1MDB pada Januari 2015 memerlukan masa untuk meneliti semua tuduhan yang dikemukakan berlaku pada zaman sebelumnya. Justeru adalah adil untuk beliau memohon masa untuk meneliti semua perkara sebelum berhadapan dengan PAC.
Penangguhan sesi PAC bukanlah sesuatu perkara luar biasa atau 1MDB mendapat keistimewaan yang luar biasa.
Pada JUN 2010, Sime Darby Berhad (Sime Darby) pernah meminta pertemuan pihak syarikat milik kerajaan (GLC) itu dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan selama dua bulan.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid ketika itu dilaporkan berkata, ini kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu berhubung isu kerugian syarikat itu yang dilaporkan berjumlah lebih RM1.63 bilion sebelum ini.
“Sime Darby telah minta tangguh sehingga Ogos sebab ada siasatan dan perkara yang masih belum selesai dan tidak memungkinkan mereka memberi penjelasan esok,”
Dalam konteks ini jelas PAC yang dianggotai oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa, sebaliknya mahu mencari kebenaran.
Jika kebenaran tersebut memerlukan masa tentulah mereka perlu memberi ruang dan masa mendapatkan kebenaran tersebut.
Seperti kata Nur Jazlan, penangguhan tersebut dipersetujui oleh Jawatankuasa PAC yang turut dibarisi lima Ahli Parlimen Pembangkang, dan mereka bersetuju memberi tempoh masa kepada pengurusan 1MDB untuk bersedia dengan semua maklumat dan dokumen sebelum hadir pada prosiding akan datang.
“Kita juga menganggap penangguhan ini akan memberikan masa untuk mereka menyediakan segala dokumen dan maklumat yang diperlukan PAC untuk membantu siasatan kami.”
Dalam mana-mana prosiding mencari keadilan, masa perlu diberi kepada pihak yang terbabit menyediakan dokumen dan jawapan supaya pada akhirnya yang kita dapat ialah kebenaran bukannya sebagai satu tindakan “witch-hunts” atau menyediakan kambing hitam untuk dipersalahkan. -myKMU.net