Lesap..! Licin..! |
Apa yang akan kita rasa jika perkara pelik yang kita langsung tidak terbayang akan berlaku, tapi berlaku juga menjadi kenyataan di depan mata?
Misalnya, pokok hilang atau pencerahan yang lebih jelas, pokok yang kita tanam tiba-tiba dicuri orang.
Tapi, itulah nasib seorang peladang di Perlis yang mengadu anak pokok mangga Harumanis yang ditanam oleh ayahnya dicuri oleh penyamun yang tidak dikenali pada malam Jumaat lalu.
Menurut Afiffuddin Mohamad Sukri, dia menyedari kehilangan 20 anak pokok mangga Harumanis ketika pergi ke lokasi anak-anak pokok itu ditanam dengan memasang niat hendak menyiram anak pokok tersebut pada awal pagi.
Bila dengar macam pelik kan? Tapi itulah realitinya. Hanya tinggal batas sahaja. Pokoknya hilang entah ke mana. Orang zaman sekarang bukannya endah sangat halal atau haram, betul atau salah, kan?
Kini, bukan buah sahaja yang rata-ratanya berharga RM30 sekilogram itu yang menjadi kegilaan ramai, tapi pokok mempelam itu pun telah menjadi rebutan.
Difahamkan, buah mangga Harumanis ini sangat popular di Perlis dan menjadi buruan ramai sehingga ada yang dieksport ke Jepun dan beberapa negara luar dengan membawa pulang hasil yang lumayan kepada anak-anak negeri itu.
Perlis sememangnya terkenal dengan produk mempelam Harumanis ekoran mangga jenis itu dikatakan "mitos"nya hanya mahu tumbuh di negeri paling utara semenanjung itu saja dan tidak menjadi jika ditanam di luar negeri itu.
Pada hemat Kedahnews.com, semua peladang Harumanis di Perlis perlu berjaga-jaga selepas ini agar perkara sama tidak berulang, kan? -Kedahnews.com
Misalnya, pokok hilang atau pencerahan yang lebih jelas, pokok yang kita tanam tiba-tiba dicuri orang.
Tapi, itulah nasib seorang peladang di Perlis yang mengadu anak pokok mangga Harumanis yang ditanam oleh ayahnya dicuri oleh penyamun yang tidak dikenali pada malam Jumaat lalu.
Menurut Afiffuddin Mohamad Sukri, dia menyedari kehilangan 20 anak pokok mangga Harumanis ketika pergi ke lokasi anak-anak pokok itu ditanam dengan memasang niat hendak menyiram anak pokok tersebut pada awal pagi.
Bila dengar macam pelik kan? Tapi itulah realitinya. Hanya tinggal batas sahaja. Pokoknya hilang entah ke mana. Orang zaman sekarang bukannya endah sangat halal atau haram, betul atau salah, kan?
Anak pokok Harumanis yang baru ditanam. (Gambar sebelum dicuri) |