JITRA - Sebanyak 79 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Myanmar dan
seorang tekong darat warga tempatan ditahan anggota polis di dua lokasi
berbeza di daerah Kubang Pasu awal pagi semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, dalam operasi pertama, 67 warga Myanmar ditahan oleh anggota Polis Gerakan Am (PGA) di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam pada 12.35 pagi.
Katanya, 57 lelaki dan lapan wanita berumur 16 hingga 50 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berumur setahun warganegara itu ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah.
Hasil siasatan, pihaknya kata beliau mendapati pendatang asing tersebut berjalan kaki dalam satu kumpulan yang besar dalam keadaan mencurigakan selepas keluar dari pintu sempadan negara jiran, Thailand.
"Kita tahan Pati di lokap Balai Polis Jitra untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, katanya, sebanyak 12 Pati Myanmar dan seorang rakyat tempatan dipercayai tekong ditahan di Jalan Kampung Darat, Changlun di sini pada 4.20 pagi tadi.
Katanya, Pati dan tekong darat itu ditahan dalam sebuah kereta Proton Iswara selepas polis mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan di Simpang Tiga Binjal di sini.
Beliau berkata, kenderaan milik tekong darat itu dikatakan memecut laju selepas melihat kelibat anggota Polis dan berjaya ditahan semula di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan mendapati kesemua 12 Pati berumur antara 10 hingga 35 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah," katanya.
Katanya, tekong darat berusia 37 tahun yang berasal dari Kodiang turut ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 26(a) Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
"Siasatan mendapati tekong darat yang tidak mempunyai pekerjaan itu menerima arahan seorang lelaki dikenali sebagai Abang Ismail untuk membawa warga asing itu ke Bukit Mertajam dengan upah RM30 bagi satu kepala," katanya. - Bernama