RARE: Kerusi Bersalin Wanita Bangsawan Dulu-Dulu...

ALOR SETAR - Kedahnews.com yakin bahawa ramai yang menyangka bahawa rata-rata wanita di negara kita melahirkan anak di atas katil, sama ada di hospital, di rumah atau di klinik, kan?

Namun, ada juga yang "baby" yang mungkin tidak sabar nak tengok dunia, dilahirkan ibu di dalam kereta dan sebagainya.

Bagaimanapun, kami kongsikan di sini beberapa gambar kerusi yang direka khas untuk ibu-ibu bersalin ketika zaman dahulu kala.

Kami difahamkan bahawa kerusi berkenaan digunakan oleh wanita mengandung di kalangan golongan bangsawan di Eropah pada sekitar tahun 1800.

Kerusi antik yang dikhaskan untuk wanita bersalin tersebut turut mempunyai pemegang tangan dan tempat melunjur kaki.

Selain berperanan sebagai kerusi, ianya juga boleh dilaraskan menjadi katil dan meja operasi untuk bidan bertugas sekiranya wanita mengandung berkenaan mengalami komplikasi ketika hendak melahirkan anak. –Kedahnews.com

chair
chair2
chair3