LONDON — Real Madrid di Sepanyol kekal dinobatkan
sebagai kelab bola sepak paling mahal dunia pada tahun ini malah, mampu
mengalahkan kelab seteru tradisinya, Barcelona selain Manchester United
dari Britain.
Meskipun banyak menghabiskan wang sebanyak 80 juta euro (RM323 juta)
untuk mendapatkan khidmat James Rodriguez dari Colombia pada awal musim,
isu itu langsung tidak menyusutkan nilai kekayaan Real Madrid.
Itulah harga paling besar dalam sejarah perpindahan pemain
antarabangsa namun, Real Madrid kini berbangga apabila memiliki aset
kekayaan pemain dengan nilai mencecah 2.13 bilion pound sterling
(RM11.58 bilion).
Majalah perniagaan terkenal Forbes melaporkan, ini merupakan tahun ketiga berturut-turut pendahulu La Liga Espanyol itu diiktiraf kelab pemain termahal di dunia walaupun rekod nilainya jatuh 5 peratus berbanding 2014.
Menerusi senarai 20 kelab tersebut, Britain paling banyak iaitu lapan
buah, diikuti Itali (empat), manakala Sepanyol dan Jerman berkongsi
tiga buah, serta Perancis dan Turki masing-masing diwakili sebuah kelab.
Sementara itu, Barcelona berada rapat di bawah Real Madrid menerusi
kekayaan pemain sebesar £2.07 bilion (RM11.25 bilion),
disusuli Manchester United dengan £2.03 bilion (RM11.04 bilion). – Agensi