Rejim Israel Laknatullah Lancar Serangan Udara Ke Atas Gaza

Pasukan tentara udara rejim zionis Israel dilapor telah melancarkan empat serangan di Semenanjung Gaza, awal pagi semalam.

Menurut saksi dari kalangan warga Palestin, serangan udara berkenaan berlaku selepas sejam serangan roket bertalu-talu merentasi sempadan Israel.

Pesawat-pesawat tersebut difahamkan mensasarkan serangan mereka terhadap kem latihan milik pejuang Islam di Rafah, Khan Yunis dan Gaza City.

Sehingga kini masih tiada sebarang laporan yang menyatakan sebarang kecederaan disebabkan dari serangan berkenaan.

Sementara itu, serangan roket dilancarkan dari wilayah Palestin dikatakan turut dilancarkan dan mensasarkan kawasan selatan Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan pada Selasa lalu.

Menurut sumber, tentera rejim zionis Israel mendakwa bahawa mereka menyasarkan empat infrastruktur keganasan di selatan Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket sebelum ini. -Kedahnews.com