Restoran Di Jepun Reka Menu Baru: Burger + Nasi + Mi

Burger nasi mi
ALOR SETAR - Mungkin sudah jemu dengan patty burger, sebuah rangkaian makanan segera di Jepun, Lotteria telah mencipta menu unik untuk disajikan kepada pelanggan di restoran mereka.

Mencuba evolusi makanan terbaru, Lotteria memperkenalkan menu burger nasi dan mi dalam pilihan makanan di restoran berkenaan.

Difahamkan bahawa burger tersebut mengandungi lapisan nasi putih, kubis, mee ramen dan tofu pedas itu turut didatangkan dalam bentuk set bersama hidangan tambahan kentang goreng dan sup.

Burger yang lain daripada kebiasaan ini dijual pada harga 720 yen (RM21) dan hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. -Kedahnews.com