Ribuan Arab Israel Bantah Hukuman Mati Mohamed Morsi


KUFR KANA - Media antarabangsa melaporkan bahawa beribu-ribu warga Arab Israel berarak di utara negara itu pada Sabtu untuk memprotes hukuman mati terhadap Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi.

Penganjur menjelaskan bahawa lebih 5,000 mengambil bahagian dalam demonstrasi yang diketuai Sheikh Raed Salah, ulama yang menerajui gerakan Islam radikal di utara negara itu.

Peserta perhimpunan itu dikatakan telah berarak dari perkampungan Galilee ke sini sambil membawa sepanduk mendesak supaya hukuman mati itu tidak dilaksanakan, sekaligus dibatalkan segera.

Morsi digulingkan pada Julai 2013 oleh pihak tentera yang yang ketika ini menjadi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Beliau bersama lebih 100 defendan dijatuhi hukuman mati pada 16 Mei lalu kerana didakwa bertanggungjawab menyebabkan kejadian rusuhan di penjara pada 2011 di negara bergolak itu. -Kedahnews.com