ALOR SETAR - Bintang bola sepak Real Madrid, Christiano Ronaldo dilaporkan telah
menderma sebanyak RM27 juta ((£5m) kepada mangsa gempa bumi di Nepal.
Majalah sukan Perancis melaporkan Christiano telah memberi sejumlah wang itu kepada organisasi kebajikan Save The Children untuk membantu kesemua mangsa-mangsa yang terselamat daripada bencana itu.
Jelas memiliki sifat pemurah, Christiano juga peka serta rasa
bertanggungjawab dengan isu semasa dengan menyeru pengikutnya yang ramai
di Facebook untuk menderma kepada organisasi itu.
Walaupun seringkali dicop sebagai berlagak, Christiano sebenarnya jauh lebih baik daripada yang disangkakan.
Baru-baru ini, difahamkan bahawa Christiano dilihat telah memuji serta memberi
semangat kepada seorang budak lelaki Jepun yang cuba bercakap dengannya
dalam bahasa Portugis.
Moga kebaikan insan-insan berjaya seperti ini akan menjadi ikutan
lebih ramai lagi agar dunia ini dapat menjadi satu tempat yang lebih
baik untuk semua. -Kedahnews.com