Ishak menunjukkan tempat RM800 yang disimpannya. |
KULIM - Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang apabila rumah
pusaka berusia hampir 50 tahun yang didiaminya di Kampung Padang Kulim,
di sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari semalam.
Ishak Ahmad, 79, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan cucunya mengenai kejadian berkenaan.
"Saya keluar ke kedai naik basikal untuk gunting rambut. Tiba-tiba cucu datang beritahu rumah terbakar dan dia terus bawa saya balik.
"Masa cucu beritahu kejadian itu, memang saya terkejut," katanya.
Menurutnya yang tinggal seorang diri di rumah itu sejak kematian isterinya beberapa tahun lalu, duit RM800 yang disimpannya turut hangus dalam kejadian berkenaan.
"Selalunya memang saya bawa duit itu ke mana sahaja. Tapi, sebelum keluar rumah saya tinggalkan duit itu atas almari dalam bilik tidur.
"Walaupun tidak banyak mana duit yang terbakar itu, tapi saya kesal sebab duit itu simpanan saya hasil pemberian anak untuk saya gunakan ketika kecemasan, selain duit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Jirannya, Che Su Ahmad, 71, berkata, ketika ketika kejadian dia sedang memasak sebelum terdengar bunyi riuh angsa di luar rumah.
"Saya sangka angsa itu bising sebab budak-budak kacau, tapi selepas itu saya dengar bunyi atap jatuh. Saya terus keluar dan lihat api marak.
"Masa itu, kaki tangan saya menggeletar tapi saya gigihkan juga berlari panggil orang kampung untuk bantu," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Zon 3, Kedah, Khozari Ahmad berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam kira-kira jam 11.59 pagi dan tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.

“Setibanya kita di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh batu dan separuh kayu musnah sepenuhnya.
"Kita berjaya mengawal api kira-kira jam 12.14 tengah hari dan siasatan awal mendapati berlaku litar pintas. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Sumber: Sinar Harian