RMK11: Inti Pati Utama Yang Dibentang Hari Ini

KUALA LUMPUR – Berikut intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

1. Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat
* rakyat merupakan tonggak negara
* menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan
* semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara

2. RMK11 akan mengukuhkan daya tahan ekonomi makro untuk meningkatkan pertumbuhan
* meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta
* menjana pertumbuhan baharu melalui peningkatan produktiviti dan pengetahuan
* mengurus kewangan awam secara berhemat

3. RMK11 mempunyai enam teras strategi
* memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
* meningkatkan kesejahteraan rakyat
* meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
* menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing
* memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
* merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

4. RMK11 akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti
* bertumpukan rakyat
* produktiviti dan kecekapan
* kerajaan digital

5. Semua pihak perlu melaksanakan usaha secara bersama mencapai aspirasi negara – dalam tempoh RMK11, kerjasama erat, ketekunan dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semua pihak berkepentingan amat perlu

6. Membina Malaysia Pasca 2020.
* Malaysia akan menjadi negara maju, progresif dan inklusif dari segi ekonomi
* menjiwai alam sekitar, menghargai, melindungi, memelihara dan berbangga dengan keunikan flora dan fauna negara ini.
* rakyat bersatu dalam kepelbagaian, memiliki identiti kebangsaan yang utuh
* prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan
* sistem pendidikan holistik didorong oleh semangat dahagakan ilmu

7. RMK11 berbeza dengan RMK lima tahun sebelum ini
* RMK11 mengutamakan tindakan
* berpaksikan rakyat
* mengambil kira perspektif jangka panjang

8. Rakyat Malaysia akan lebih produktif
* produktiviti sektor swasta
* produktiviti sektor awam

9. Membina negara maju
* menjana kekayaan melalui inovasi
* mengupayakan TVET (technical vocational education and training) yang diterajui industri
* membina bandar yang mampu bersaing pada peringkat global

10. Membangun secara mampan
* gaya hidup hijau
* reduce, reuse and recyle (3R)
* pembelajaran hijau
11. Komited dalam mewujudkan sebuah masyarakat inklusif
* kualiti hidup yang selesa untuk semua
* seorang graduan bagi setiap isi rumah
* komuniti usahawan produktif

Sumber: BERNAMA