Rohingya: Malaysia, Indonesia Sepakat Beri Perlindungan Sementara

Pelarian etnik Rohingya
ALOR SETAR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan bahawa Malaysia dan Indonesia bersepakat membuat keputusan untuk membantu tujuh ribu warga asing termasuk dari etnik Rohingya yang masih mencari tempat perlindungan.

Menurut beliau, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dengan memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh masa setahun.

ri-malaysia-thailand-sepakat-tampung-pengungsi-rohingya-0tNGJaqTpg

Keputusan tersebut dibuat oleh Anifah dan wakil dari Indonesia dan Thailand dalam satu pertemuan di Wisma Putra bagi membincangkan isu pergerakan manusia tidak mengikut undang-undang, terutamanya permedagangan manusia, semalam.

Thailand telah diwakili oleh Menteri Luar yang juga Timbalan Perdana Menteri, General Tanasak Pratimapragorn dan Retro Marsudi mewakili Indonesia.

Selain itu, wakil ketiga-tiga negara jiran tersebut turut membincangkan kebanjiran etnik Rohingya ke kawasan perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia serta ugutan Myanmar untuk tidak menghadiri Mesyuarat ASEAN ke-27 pada November depan andai isu tersebut diketengahkan.

Isu tersebut menjadi perdebatan ramai setelah sebuah bot dipenuhi ribuan warga asing mendarat di Langkawi bagi mencari tempat perlindungan setelah Thailand enggan menerima mereka. -Kedahnews.com