GURUN – Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah
didiami sejak lebih 30 tahun di Kampung Guar Stesen, di sini, hangus
dalam kebakaran pada 4 Mei lalu.
Yaakob Ismail, 65, berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat litar pintas di salah sebuah bilik rumah berkenaan.
“Semasa kejadian, saya baru bangun tidur dan nak solat Zohor, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti percikan api.
“Saya cuba periksa di dapur, tetapi tiada apa-apa berlaku. Tiba-tiba saya ternampak api mula marak di bahagian siling sebuah bilik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, khuatir dengan kejadian itu, dia bergegas menyelamatkan tiga cucu yang berumur empat hingga enam tahun serta isteri, Rahmah Ismail, 58, yang berada di ruang tamu.
“Saya tergamam melihat api yang marak terlalu cepat dan tidak mampu menyelamatkan apa-apa barangan mahupun dokumen penting.
“Rumah saya hangus sekelip mata, perabot, barangan elektrik, geran tanah, kad pengenalan dan buku bank tidak dapat diselamatkan,” katanya.
“Buat sementara waktu, saya menumpang di rumah salah seorang anak yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan atau bantuan, boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank anaknya, Hasbullah Yaakob 152125169497 atau hubungi talian 017-5001342.

Sumber: Sinar Harian