Rupanya Anita Sarawak Sudah Bersara, Sekarang Tumpu Bidang Hartanah


ALOR SETAR - Baru-baru ini laporan mengenai kehilangan diva popular Malaysia, Anita Sarawak mengejutkan peminat hiburan tempatan apabila dilaporkan gagal dihubungi oleh ahli keluarganya sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, semuanya terjawab apabila bintang tersohor itu dikhabarkan menghubungi adiknya, Noor Jumaatun dari Los Angeles, Amerika Syarikat memaklumkan dirinya sihat dan dalam keadaan baik.

Sementara itu, memetik laporan terkini Harian Metro, penyanyi dan pelakon era 80-an iaitu Noorkumalasari mengesahkan kakaknya, Anita Sarawak, 63 memilih untuk bersara dalam bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada peniagaan hartanah.

Noorkumalasari
Noorkumalasari
Menurut Noorkumalasari, perkara itu dimaklumkan Anita ketika menghubunginya Mac lalu.

“Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi.

“Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga),” katanya.

Jelas Noorkumalasari, Anita menguruskan perniagaan itu bersama suaminya Mahathir di Las Vegas.

“Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu,” katanya lagi.

Selain itu, Noorkumalasi menafikan spekulasi yang menyatakan perkahwinan Anita bersama suami berakhir dan kakaknya sudah mengenakan hijab.