ALOR SETAR - Pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan mengejutkan ramai apabila memberi
kenyataan kepada pihak mahkamah seolah-olah tidak pasti dengan pegangan
agama yang dianuti selama ini.
Hal ini disedari ketika Salman dibicarakan di mahkamah selepas
didakwa atas tuduhan memiliki senjata api secara haram dan menembak rusa
jenis Black Buck yang dilindungi.
Ketika perbicaraan mahkamah yang diketuai oleh hakim Anupaman
Bijlani, Salman yang disoal mengenai status agamanya kelu seribu bahasa
seolah-olah kebingungan untuk menjawab soalan itu.
Bagaimanapun, Salman yang mulanya menjawab berstatus agama Hindu
dinafikan oleh seorang saksi yang menyatakan dia adalah seorang muslim.
Lebih mengejutkan, bintang berusia 49 tahun itu menafikan jawapan itu dengan alasan ibu bapanya berlainan agama.
“Saya beragama Hindu dan Muslim. Ayah saya beragama Islam manakala ibu saya penganut agama Hindu,” jawab Salman ringkas.
Kenyataan aktor berbadan sasa itu membuatkan sidang mahkamah kecoh seketika.
Dalam pada itu, Salman tidak mengaku bersalah atas
pertuduhan yang dibacakan dan sidang berikutnya dibawa pada tarikh 4 Mei
depan. -Kedahnews.com