Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin |
ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah mencadangkan kerajaan negeri membuat
persediaan rapi sebelum menguatkuasakan tindakan saman kepada mana-mana
lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut,
bermula 1 Jun depan.
Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin berkata, sebagai permulaan, arahan mewajibkan semua premis ditutup selama dua jam pada waktu solat Jumaat wajar dikuatkuasakan terlebih dahulu.
“Ini antara permulaan memupuk kesedaran kepada umat Islam lelaki bahawa kerajaan negeri serius menangani permasalahan ini.
Selain melaksanakan penguatkuasaan solat Jumaat, kerajaan negeri disarankan memperhebatkan usaha membanteras aktiviti maksiat yang berselindung di sebalik pusat refleksologi dan perjudian elektronik di bandar utama,” katanya.
Menurutnya, pembersihan dari akar umbi perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum menerapkan nilai-nilai murni dalam diri insan.
“Kami sokong langkah kerajaan negeri menguatkuasakan hukuman kepada pesalah lelaki yang ponteng solat Jumaat melebihi tiga kali.
Langkah ini bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri yang ingin memartabatkan syiar Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Shaiful Hazizy berkata, kerajaan negeri tidak perlu terburu-buru melaksanakannya dan kajian terperinci perlu dibuat terhadap aspek penguatkuasaan dan mekanisme penghakiman.
“Kita bimbang jika terburu-buru dilaksanakan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan mekanisme penghakiman yang kurang jelas, ia memberi persepsi tidak baik bukan kepada kerajaan negeri, malah imej Islam itu sendiri,” katanya.
Menurutnya, pihaknya setuju dengan hukuman bakal dikenakan namun implementasi keseluruhan harus dikaji fasa demi fasa.
“Pemuda Umno Kedah bimbang pelaksanaan dari aspek pengadilan kelak mengundang kepada ketidakadilan akibat daripada penguatkuasaan yang lemah atau bukti yang kurang meyakinkan. Kita juga perlu elak penghakiman double standard kerana boleh mengundang persepsi negatif terhadap Islam,” katanya.
Pada 11 Mei lalu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar mengumumkan mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut bakal didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan itu, Jaik tidak melakukan tangkapan, sebaliknya mengeluarkan notis saman atau hadir ke pejabat agama daerah untuk disoal siasat.

Sumber: Sinar Harian