Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy |
KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd
(1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini menafikan dakwaan beliau
mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara Malaysia.
“Kami kesal atas Sarawak Report, blog dalam talian, yang terus melaporkan maklumat palsu dan dakwaan tidak benar ke atas 1MDB.
Dalam laporan terkini, blog berkenaan melaporkan bahawa Arul
Kandasamy telah mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi
menunjukkan bahawa 1MDB mempunyai tunai dalam akaun BSI di Singapura.
“Ini suatu penipuan. Saya tidak pernah mengemukakan penyata seperti itu kepada BNM.
“Untuk berkata sebaliknya adalah sesuatu penipuan dan tidak betul,
memandangkan ada dakwaan yang berasaskan ke atas perkara ini, katanya
menerusi satu kenyataan di sini.
Beliau juga berkata IMDB memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan
pejabat Ketua Audit Negara dan akan memberi keterangan kepada
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
“Siasatan ini yang telus dan tidak berpihak sepatutnya menjawab pelbagai persoalan yang ditanya mengenai syarikat itu.
“Oleh itu kami meminta semua pihak menunggu hasil siasatan ini dan
menghalang diri daripada membuat dakwaan tidak bertanggungjawab dan
tidak berasas buat sementara ini,” katanya. – BERNAMA