Suspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan taman perumahan. |
JITRA - Tindakan seorang lelaki menggunakan motosikal yang dicuri
kira-kira sebulan lalu, akhirnya kantoi apabila berjaya dikesan polis.
Tindakan mencurigakan suspek bersama seorang rakannya yang meronda-ronda dengan sebuah motosikal di kawasan taman perumahan pada awal pagi semalam, berakhir apabila seorang daripadanya ditahan polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sedang menjalankan tugasan di Taman Tabung Haji, di sini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, ketika ditahan dan diperiksa seorang daripada suspek iaitu pembonceng motosikal bertindak melarikan diri.
Bagaimanapun katanya, pihaknya berjaya menahan suspek yang disyaki menunggang motosikal curi.
“Pemeriksaan terhadap motosikal itu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pemeriksaan pada nombor enjin mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang di Jitra pada 4 April lalu.
“Suspek dan motosikal tersebut ditahan untuk kita ambil tindakan lanjut,” katanya.
Abd Rahim berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga pasar malam itu mengaku mencuri motosikal tersebut.
“Suspek dikatakan mencuri motosikal jenis Honda Wave itu untuk kegunaan sendiri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi pihak polis.
“Motosikal itu disyaki dicuri oleh suspek ketika pemiliknya meninggalkan motosikal itu di tepi lebuh raya selepas terlibat kemalangan,” katanya.
Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Sumber: Sinar Harian