ALOR SETAR - Sembilan Adun Kedah mengangkat sumpah memperbaharui jawatan sebagai exco hari ini.
Majlis berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di hadapan
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan
Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Mereka yang mengangkat sumpah hari ini adalah Adun Guar Chempedak,
Datuk Dr Ku Abd. Rahman Ku Ismail sebagai Exco Jawatankuasa Industri dan
Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.
Adun Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob (Exco Pembangunan Wanita,
Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita) dan
Adun Tanjong Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain (Exco Pendidikan,
Pengangkutan dan Perumahan).
Adun Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim (Exco Kerajaan Tempatan,
Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan) dan Adun
Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Exco Agama, Hal Ehwal
Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya).
Datuk Mohd Tajuddin Abdullah yang juga Adun Belantik (Exco Penerangan,
Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan), manakala Adun Baharu
Datuk Norsabrina Mohd Noor (Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat,
Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Maklumat).
Adun Jitra Aminuddin Omar (Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan
Kebudayaan, Pembangunan Insan) dan Adun Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong
(Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, Kesihatan dan
Perpaduan).
Selain Menteri Besar, Mukhriz turut mengekalkan portfolionya sebagai
Exco Perancangan Ekonomi Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi
dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik
Kerajaan Negeri).
Menurutnya, antara perubahan paling ketara kali ini adalah Tajul Urus
turut memegang portfolio tambahan iaitu perumahan, manakala Mohd Rawi
diberi tanggungjawab memegang portfolio tambahan iaitu kerja raya.
Sebelum ini, portfolio perumahan dipegang oleh Badrol Hisham manakala kerja raya disandang oleh Tajul Urus. - Bernama