Bom dipercayai bom Perang Dunia Kedua yang masih aktif ditemui di Pulau Rusukan Besar pada hari Sabtu.- Foto BERNAMA |
LABUAN – Sembilan biji bom yang dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemui di Pulau Rusukan Besar di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata bom itu yang ditemui semasa kerja bergotong-royong telah diletupkan pada Ahad.
“Bom-bom yang masih aktif itu ditemui semasa kerja-kerja membersih pantai dilakukan,” katanya.
Pulau itu merupakan antara tiga buah pulau di Labuan yang digazet
sebagai taman marin dan terkenal sebagai tempat penyu mendarat. –
BERNAMA