CHANGLOON - Tindakan seorang majikan melindungi pendatang tanpa izin
(Pati) yang juga pekerjanya membawa padah apabila empat Pati berjaya
ditahan dalam satu serbuan petang, kelmarin.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam serbuan di sebuah hotel itu, Pati berkenaan adalah pekerja di hotel tersebut iaitu terdiri daripada tiga lelaki Myanmar dan seorang wanita Indonesia.
Menurutnya, serbuan dalam Operasi Sapu yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Yusrazif Wan Yusoh bersama 12 anggota telah membuat pemeriksaan di hotel berkenaan.
“Pemeriksaan awal mengesyaki kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tidak mempunyai permit untuk bekerja di sini.
“Dalam serbuan itu juga turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mengaku sebagai majikan kepada Pati tersebut disyaki melindung Pati terbabit,” katanya.
Menurutnya, kesemua Pati berusia antara 24 hingga 52 tahun ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen
1959/1963, manakala majikan Pati itu disyaki melakukan kesalahan di
bawah Seksyen 56(1)(d)Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil warga asing sebagai pekerja tanpa mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.
“Saya minta orag ramai supaya bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam usaha kita membanteras golongan Pati di negeri ini,” katanya. -Sinar Harian
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam serbuan di sebuah hotel itu, Pati berkenaan adalah pekerja di hotel tersebut iaitu terdiri daripada tiga lelaki Myanmar dan seorang wanita Indonesia.
Menurutnya, serbuan dalam Operasi Sapu yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Yusrazif Wan Yusoh bersama 12 anggota telah membuat pemeriksaan di hotel berkenaan.
“Pemeriksaan awal mengesyaki kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tidak mempunyai permit untuk bekerja di sini.
“Dalam serbuan itu juga turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mengaku sebagai majikan kepada Pati tersebut disyaki melindung Pati terbabit,” katanya.
Menurutnya, kesemua Pati berusia antara 24 hingga 52 tahun ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Kesemua Pati dan majikannya ditahan untuk tindakan lanjut. |