Shabery Cheek Dakwa Malaysian Insider Fitnah Lagi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar tindakan sebuah portal dalam talian yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad Shabery berkata beliau tidak pernah menyatakan tindakan sebuah pasar raya yang menyerap CBP atau GST sebagai melanggar undang-undang.

“Saya xpernah ckp Serap GST melanggar undang2, #TheMalaysianInsiderSpin kenyataan saya, xhabis2 buat fitnah TMI ni,” katanya dalam tweet terbaharunya hari ini.

Semalam, portal tersebut menerbitkan berita dengan memetik Ahmad Shabery sebagai berkata keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar Mydin untuk menyerap GST bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap melanggar undang-undang. – BERNAMA