SPR Wajib Saman MP PKR, Dakwa Pengundi Hantu Di Permatang Pauh


PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) digesa supaya mengambil tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kerana mendakwa terdapat pengundi hantu yang mengundi di PRK Permatang Pauh.

Dalam kenyataan Ahli Parlimen PKR itu di laman sosial Twitter sebentar tadi, Sim mendakwa ‎pengundi tempatan kononnya sedang dilarang mengundi, sebaliknya ramai pengundi hantu pula telah dibenar mengundi.

‎"Ramai pengundi hantu telah undi! Pengundi sebenar sekarang dilarang mengundi," tulis Sim di laman sosialnya sebentar tadi tanpa rasa bersalah.

Dilaporkan terkini menyaksikan PKR seolah "panik" apabila analisis terakhir hari berkempen menyaksikan akar umbi PAS masih enggan memberi undi kepada calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Namun sekiranya PKR menang sekali lagi di Permatang Pauh, dijangka DAP dan PKR akan "mendabik dada" mendakwa bahawa tanpa sokongan dari PAS sekalipun mereka masih mampu untuk menang di PRK di sini. -Kedahnews.com