Suami COO Facebook Meninggal Dunia Secara Mengejut


ALOR SETAR - Dave Goldberg, suami kepada Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg dilaporkan telah meninggal dunia secara mengejut pada malam Jumaat lalu.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh abang mendiang, Robert Goldberg di laman Facebooknya.

“Masih terkejut dan bersedih dengan berita ini, saya ingin memberitahu rakan-rakan dan keluarga mengenai kematian secara mengejut adik saya Dave Goldberg, suami kepada Sheryl Sandberg dan bapa kepada dua orang anak malam tadi,” tulisnya di laman sosial, baru-baru ini.

Dave merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kepada syarikat Survey Monkey dan telah berkahwin dengan Sheryl pada tahun 2004.

Antara yang menitipkan ucapan takziah buat Sheryl ialah Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg yang menyifatkan mendiang seorang insan yang luar biasa.

Ahli keluarga Dave bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematiannya kepada khalayak umum. -Kedahnews.com