Mohd Syamim menemani ibunya membuat kuih koci. |
ALOR SETAR - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ungkapan
itu menggambarkan kehidupan sebuah keluarga di Kampung Padang Perak, di
sini.
Keluarga Shariff Saad, 42, hidup dihimpit kemiskinan sehingga tidak mampu membeli susu formula untuk anak ketiga mereka, Mohd Syamim yang berusia lebih dua tahun, yang dilahirkan pramatang.
“Badan Syamim kecil. Klinik beri susu percuma kepadanya supaya berat badan dia meningkat. Tapi kami tak mampu nak terus beli susu berkualiti, jadi badan Syamim tidak membesar dengan sempurna," katanya.
Dengan upah sebagai pekerja kontrak, manakala isteri, Shakinah Md Yahya, 38, membuat kuih koci untuk menampung perbelanjaan keluarga, namun ia masih tidak mencukupi.
“Bayangkan, untuk keperluan harian tidak cukup apatah lagi nak beli susu formula," katanya.
Disebabkan tidak cukup nutrien, anak lelakinya berbadan kecil, tidak seperti kanak-kanak sebayanya, malah masih perlu memakai lampin pakai buang.
"Syamim masih memakai lampin pakai buang saiz S seperti seorang bayi. Sebulan dia memerlukan dalam 168 keping, dianggarkan RM100. Bagi mereka yang berkemampuan, nilai itu mungkin kecil, tapi bagi kami, ia amat besar.
“Alhamdulillah, bukan setakat subsidi, jika diberi bantuan keperluan bayi secara percuma lebih baik untuk bantu insan seperti kami sekeluarga,” katanya.

Sumber: Sinar Harian