![]() |
Nur Firuza Amira |
ALOR SETAR - Sayu dan menyentuh hati apabila mendengar permintaan anak sulung mangsa kemalangan di Lebuhraya
DUKE yang meminta agar pihak berkuasa segera menangkap individu yang telah
melanggar bapanya sehingga terkorban.
“Tangkap orang yang langgar ayah saya,” begitulah pesanan yang
disampaikan Nur Firuza Amira, 7, kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi yang menziarah keluarga Allahyaham Fairuz Nizam
Husain, hari ini.
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bertanya khabar
kepada adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, (tengah) yang merupakan
anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2
Lebuhraya Duta-Hulu Klang (DUKE) Sabtu lalu semasa hadir menziarah
keluarga mangsa di Taman Batu Muda hari ini. – Foto BERNAMA
|
Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4, menjadi yatim
piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan
tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan Pajero Sport yang dinaiki mangsa berlanggar dengan dua buah kereta Myvi sebelum berpusing dan terbalik di tengah jalan.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Radhatul Sakinah, Gombak, semalam.